ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT . UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Karya pertama Air Mata Raja kini muncul di pasaran!

Harga hanya RM55 untuk buku yg berhalaman sebanyak 990 mukasurat ini!

Kesultanan Melayu

Ketahui tentang kesultanan Melayu di sini!

Pelancaran Buku Air Mata Raja

Dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Anjuran bersama Institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Air Mata Raja

Karya ini mengisahkan pelbagai peristiwa sebenar yang dialami oleh Datuk Paduka Bendahara Raja Tun Seri Lanang ketika menulis karya besar SEJARAH MELAYU.

Produk untuk dijual!

Anda mempunyai produk untuk dijual seperti pakaian, perhiasan, bahan bacaan dan barangan senjata? Hubungi kami untuk maklumat lanjut!

Tuesday, May 15, 2012

Sultan Selangor kembalikan gelaran Datuk


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengembalikan gelaran Datuk kepada bekas Exco Kerajaan Negeri Datuk Saidin Thamby selepas beliau dibebaskan daripada tuduhan rasuah bulan lepas, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi pada Selasa. Baca disini

Monday, May 14, 2012

PM dirai sempena penganugerahan

LONDON 13 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diraikan oleh pewaris takhta Britain, Putera Charles di Istana St. James Selasa ini, sempena penganugerahan Piagam Diraja ke atas Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu England. Charles ialah penaung OCIS, sementara Najib pula ialah ahli majlis tertinggi pusat itu.
Malaysia adalah antara negara, selain beberapa negara Arab yang banyak menyumbang kepada pusat pengajian itu. Ia ditubuhkan pada 1985 di Universiti Oxford bagi menggalakkan pengajian kesarjanaan Islam dan dunia Islam. Ia ditadbir oleh sebuah Lembaga Amanah yang terdiri daripada para sarjana, negarawan dari beberapa buah negara, selain wakil universiti itu.
Malaysia turut aktif dalam pembinaan sebuah pusat baru OCIS serta sebuah dewan yang akan dikenali sebagai Auditorium Malaysia. Auditorium itu turut dihiasi dengan ukiran kayu Melayu.
Menurut, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Eire, Datuk Seri Zakaria Sulong, Najib dan isteri, Datin Seri Rosman Mansor berada di sini selama dua hari sempena lawatan kerjanya.
Najib yang terbabit secara langsung dalam OCIS pernah memberi ceramah mengenai Kefahaman Sederhana dan Antara-Tamadun.
‘‘Kita amat dihargai di atas penglibatan dalam pembangunan pusat baru OCIS, kita juga mempunyai ahli akademik dan felo yang mengajar di pusat itu. Banyak yang berjaya dilaksanakan hasil penglibatan dari Malaysia," kata Zakaria.
Beliau menambah, hubungan dua hala Britain dan Malaysia cukup mesra terutamanya selepas terbentuknya kerajaan campuran pada 2010.
Najib sendiri telah mengadakan lawatan rasmi ke negara ini tahun lalu, diikuti oleh lawatan balas Perdana Menteri Britain, David Cameron, April lalu.
Sempena dengan sambutan Jubli Intan pemerintahan Ratu Elizabeth tahun ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan menghadiri sambutan itu tidak lama lagi atas jemputan Ratu.
‘‘Ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan kedua-dua hala, dan ia sangat-sangat menggalakkan," kata Zakaria.
September ini, Duke of Cambridge, Putera William dan isterinya, Kate Middleton akan melawat Malaysia bagi membuka Kolej Mulborough di Johor.
Sempena lawatan kerja Najib ke sini, menurut Zakaria, Perdana Menteri juga akan melancarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Sahabat Barisan Nasional UK (FBNUK) di House of Lords pada hari pertama kunjungannya.
Ahli-ahli FBNUK terdiri daripada rakyat Malaysia di negara ini dan juga di Malaysia yang akan menjadi sebuah pusat setempat bagi aktiviti kemasyarakatan dan perniagaan.
Selain itu, satu lagi acara menarik Najib di sini adalah Sepetang Bersama Perdana Menteri, yang akan menghimpunkan rakyat Malaysia di United Kingdom untuk bertemu dan beramah mesra dengan Najib. Ia akan diadakan di The O2 Arena di Greenwich, Timur London.
Perdana Menteri dan isteri akan berlepas dari UK ke Amerika Syarikat untuk satu lagi lawatan kerja sebaik sahaja selesai majlis di Istana St. James. - Utusan

Saturday, May 12, 2012

Kemunculan kumpulan anti Raja

Amat menggusarkan kerana di kalangan mereka yang terlibat dengan Bersih 3.0 ada yang jelas menunjukkan bahawa mereka "Kumpulan Anti Raja" serta mahukan Malaysia menjadi republik. Baca lagi di sini.

Friday, May 11, 2012

Sultan forgives trespassers

JOHOR BARU: Sultan of Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has forgiven the individuals involved in the brawl with bodyguards of the royal entourage but he wants foreigners to respect the local laws and culture and not behave like hooligans.
“We welcome foreigners to the state but they must respect our laws and culture,” he told a press conference yesterday at Istana Pasir Pelangi.
“They cannot behave like hooligans and use vulgarities. Even locals must respect the laws wherever they go.”


In detailing what happened between the bodyguards and four foreigners British, German and French expatriates on Saturday, the Sultan said he wanted to set the record straight as there were many versions of the incident.
“For me, the matter has been settled and I welcome them back,” he said, adding that his three-day diving expedition at Pulau Rawa was marred by the fracas.
Sultan Ibrahim, who regretted what had happened on the last day of his trip, said he was in his yacht and only found out about the brawl early the next day.
It was reported in The Star that four foreigners were involved in a brawl with bodyguards after they had trespassed into a power boat belonging to the Sultan. “They even tried to strangle one of my crew,” the Sultan said.
He said the foreigners were actually staying at the neighbouring Alang's Rawa Resort and were a nuisance to other guests at the resort when they went around banging on room doors in the wee hours of the morning.
“I believe they may have been fighting among themselves earlier as there was broken glass in their room and one of them even injured his leg when he jumped into the sea from my boat and scraped himself against corals,” he added.
“My doctor treated the injured foreigner but I am quite upset how the issue was blown up by the foreign media.”
Two foreigners involved in the brawl were treated at a hospital in Singapore and lodged reports with the police and their respective embassies in the republic.
Singapore's The Straits Times quoted a 28-year-old Briton as saying they were assaulted by the bodyguards after they were invited by the royal family for drinks.
Both the British High Commission and German Embassy are following the matter with Malaysian authorities. Nine police reports have been lodged so far.

thestar.com.my

Tuesday, May 8, 2012

Bual Bicara 'AIR MATA RAJA' di Ipoh, Perak




Pada 27 April 2012 yang lalu, bertempat di Perpustakaan Awam Ipoh, Perak telah berlangsung Bual Bicara buku AIR MATA RAJA. Majlis anjuran PPANPk dan DAWAMA ini telah mendapat sambutan hangat daripada pelajar sekolah, kolej dan orang awam. Penulis-penulis buku tersebut (merangkap pengelola laman web ini) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur (Pengarah PPANPk, Tn Hj Mohammad Nazari dan Pn Suraya; bagi pihak DAWAMA, Pn Noridah dan Pn Anisah) yang sudi menjemput kami. Selama hampir 2 jam, penulis berkongsi pengalaman tentang buku setebal 1000 halaman itu. Khalayak turut melontarkan pelbagai persoalan yang menarik. Semoga majlis tersebut telah berjaya mendekatkan khalayak dengan buku epik sejarah yang menganugerahkan kelainan yang istimewa bila menghayatinya. 

Monday, May 7, 2012

Haram Sertai Demonstrasi

SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara. 

Muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu yang diadakan di sini semalam turut membincangkan gejala lesbian, gay, biseksual, transgender dan transeksual (LGBT) dan meminta umat Islam mengelak menyokong atau menunjukkan simpati kepada gerakan seks songsang.
Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata majlis memandang serius tindakan sebahagian masyarakat khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti dalam BERSIH 3.0 yang menyebabkan kerosakan, kemudaratan, pergaduhan dan kacau bilau.
Sehubungan itu, katanya, mereka yang terbabit dalam demonstrasi sedemikian, khususnya umat Islam, perlu sedar dan insaf bahawa tindakan mereka itu bercanggah dengan ajaran Islam.

“Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak secara tidak hak dengan mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru-hara dan merosakkan negara demi hanya untuk mencapai sesuatu agenda.

“Tindakan merusuh, membawa kacau-bilau dan merosakkan harta benda awam adalah perbuatan yang ditegah oleh Islam dan menderhaka kepada Ulil Amri.

“Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah. 
“Lebih-lebih lagi, jika terselit tujuan untuk menjatuhkan sebuah pemerintahan (kerajaan) yang sahih dan sah, adalah ditegah sama sekali oleh Islam ter-utama pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan muzakarah itu.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha.

Dr Abd Shukor berkata, banyak saluran perbincangan yang bermanfaat boleh digunakan tanpa perlu menggadai keamanan.

“Islam membenarkan kita mencari keadilan, tetapi dalam mencari keadilan itu perlu menerusi adab dan cara yang betul,” katanya.

Pada sidang media sama, beliau berkata, muzakarah yang diadakan semalam turut mengharamkan umat Islam menyokong atau menunjukkan simpati kepada gerakan seks songsang yang hebat dipromosi beberapa pihak di negara ini.

Sehubungan itu, muzakarah juga menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan menyekat aktiviti LGBT dan umat Islam dinasihatkan supaya kembali kepada ajaran Islam.

“Isu LGBT jelas diharamkan Islam dan tidak memerlukan sebarang fatwa dikeluarkan, malah menyokong mahupun bersimpati dengan isu ini juga adalah haram kerana ia bersubahat bersama dalam perkara itu.

“Umat Islam dinasihati menjauhkan diri daripada perlakuan seks songsang, terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan apa-apa gerakan, sokongan atau kempen mengenainya kerana ia jelas menyimpang daripada ajaran Islam dan membawa kehancuran kepada negara serta umat Islam seluruhnya.

“Muzakarah juga menasihatkan pemimpin, mana-mana individu dan media supaya menghentikan sikap suka mendedahkan mana-mana pihak secara terbuka kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi berkait dengan hubungan seksual amat ditegah oleh Islam,” katanya.

“Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas,” katanya.

Thursday, May 3, 2012

Bilangan Muslim bertambah di Amerika Syarikat

CHICAGO: Bilangan penduduk Islam Amerika Syarikat dilaporkan bertambah sejak sedekad lalu dan buat pertama kali mengatasi penduduk Yahudi di kebanyakan kawasan Midwest dan Selatan, manakala kebanyakan gereja utama pula mula susut pengunjung, menurut satu bancian agama yang disiarkan kelmarin. 

Bilangan penduduk Islam meningkat kepada 2.6 juta pada 2010 daripada 1 juta pada 2000 berpunca daripada peningkatan penghijrahan dan mereka yang memeluk Islam, kata penyelidik yang membuat kajian dengan Persatuan Statistik Badan Agama Amerika, Dale Jones.
“Kristian adalah kumpulan terbesar di setiap negeri tetapi kami dapati sesuatu menarik ialah pertumbuhan pengikut Mormon yang mencatat peningkatan terbesar di 26 negeri,” kata Jones yang membentangkan laporan itu pada satu persidangan di Chicago. 

Secara kasar, sebanyak 55 peratus rakyat Amerika menghadiri sesi di gereja, kata data terbabit. Pada masa sama, kebanyakan kajian menganggarkan secara purata 85 peratus rakyat Amerika mengakui percaya kepada agama, walaupun mereka mungkin tidak ke gereja. 

Kira-kira 158 juta rakyat Amerika dikelaskan sebagai ‘tidak mengikuti mana-mana agama’ dalam kajian itu. Ketika membandingkan agama utama, kajian itu mendapati bahawa pengikut Katolik, kumpulan penganut agama terbesar merosot sebanyak lima peratus kepada 58.9 juta sejak 10 tahun lalu. 
“Pengikut Katolik menunjukkan jumlah penurunan terbesar khususnya di Maine yang menjadi lokasi skandal seorang paderi hingga mencetuskan perhatian ramai,” kata Jones. Di New England, bilangan majlis pengebumian penganut Katolik mengatasi jumlah anggota baru, katanya. 

Antara agama besar lain di Amerika, pengikut Southern Baptist Convention adalah stabil pada 19.9 juta sepanjang dekad itu, United Methodist Church pula merosot sebanyak empat peratus kepada 9.9 juta pengikut manakala Evangelical Lutheran Church kehilangan 18 peratus kepada 4.2 juta dan Episcopal Church kehilangan 15 peratus daripada pengikutnya kepada 1.95 juta. 

Jemaah Protestan Evangelical pula terus berkembang walaupun secara perlahan kepada 50 juta penganut. Apa yang mengejutkan ialah peningkatan penganut agama bertempat di kawasan bandar dan kebanyakannya membabitkan kumpulan kurang daripada 100 ahli serta tidak membabitkan kawasan yang menempatkan gereja besar, kata Jones. – Reuters

Wednesday, May 2, 2012

Buku 'AIR MATA RAJA' di PBAKL

NOTA : DAPATKAN BUKU 'AIR MATA RAJA' DI BOOTH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SERTA DAWAMA.....
KUALA LUMPUR: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) disasarkan bakal menjadi setaraf Pesta Buku Frankfurt iaitu acara pesta buku yang terbesar di dunia menjelang 2020 sejajar perkembangan industri penerbitan di negara ini. Urus Setia Tetap, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Ahmad Fadli Abd Aziz, berkata pihaknya yakin matlamat itu mampu dicapai berikutan kemunculan banyak penerbit giat menghasilkan bahan bacaan berkualiti dan memenuhi kehendak pembaca. Katanya, ditambah komitmen MBKM menyahut saranan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menerbitkan 26,000 judul buku pada 2020 dengan mengadakan pelbagai usaha. Beliau berkata, ia termasuk melatih penulis baru di samping sambutan menggalakkan orang ramai serta penyertaan penerbit tempatan dan antarabangsa. “Justeru, tidak mustahil matlamat itu menjadi kenyataan, apatah lagi hasil kajian Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati purata penduduk negara ini membaca lapan hingga 12 buku setahun yang menggambarkan industri buku sudah mendapat tempat di kalangan masyarakat,” katanya ketika ditemui pada PBAKL 2012, di sini, semalam.

Sunday, April 29, 2012

Perkasa: Revoke citizenship of those who disrespect Rulers, Constitution


KUALA LUMPUR: Right wing movement Perkasa has called on the Malay rulers to revoke the citizenship of Malaysians who show disrespect to the royalty and the Constitution.
Its president Datuk Ibrahim Ali said there were elements out there who were trying to play havoc with Article 153 of the Constitution (matters related to the Malay rulers) and the Rukun Negara (National Philosophy).
He was speaking at the "Raja Berdaulat Kasih Dijunjung" (Sovereign Rulers, Loved by the People) gathering here Sunday.
"Be aware that these acts of treason, insolence and other rebellious actions in various forms are subtly designed to inculcate hatred and rebellion against the institution of the Malay rulers.
"Realise that such actions can arouse hatred and chaos and threaten the harmony of the people's lives under the auspices of institution of the Malay rulers as the umbrella of national unity and the people," he said in a declaration issued by the movement.
He said revoking the citizenship of the culprits would serve as a lesson to other individuals not to show disrespect to the Constitution and the Malay rulers.
The two-page declaration, which the movement plans to submit to the Yang di-Pertuan Agong, contained a pledge of loyalty to the Yang di-Pertuan Agong's government headed by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
Earlier, speaking at the same stage, Datuk Dr Hasan Ali, the president of another right wing movement, Jalur Tiga (JATI), said there could be no compromise in defending the three pillars of the nation, namely Islam, the Malays and the Malay rulers. - Bernama

Saturday, April 28, 2012

Perhimpunan Sokong Raja-Raja Melayu Ahad Ini


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan mengadakan perhimpunan ‘Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung’ di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, Ahad ini 29 April 2012 bermula jam 9.30 pagi.
Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata perhimpunan tersebut diadakan sebagai tanda sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu.
“Perkasa telah menerima permit perhimpunan daripada pihak polis. Acara ini dibuka kepada semua kaum dan lapisan masyarakat,” katanya pada sidang media pelancaran perhimpunan itu di sini, Jumaat.
Berdasarkan maklum balas yang diterima, perhimpunan yang bermula 9 pagi itu dijangka disertai 5,000 orang, katanya. Abdul Rahman berkata Presiden Jalur Tiga Datuk Dr Hasan Ali dijadual akan turut menyampaikan ceramah pada perhimpunan itu

Wednesday, April 25, 2012

Surat Muhibbah


SURAT MUHIBBAH ANTARA KERATON KANOMAN (CIREBON) DENGAN ISTANA KAMPONG GELAM (SINGAPURA)


Pihak Kumpulan Rajamenangis memperolehi surat ini daripada YM Tengku Muhammad Syawal bin Tengku Abdul Aziz, salah seorang pewaris Sultan Hussein Muazzam Syah (putera Sultan Mahmud Syah III yang berkahwin dengan Cik Makoh puteri Daeng Maturang) yang tinggal di Singapura pada ketika ini. Beliau merupakan keturunan ke-6 jurai tersebut. 

Sunday, April 22, 2012

Tunku Laksamana Kedah buat laporan polis

ALOR SETAR: Tunku Laksamana Kedah, Tunku Mansor Tunku Kassim hari ini membuat laporan polis berhubung langkah Dewan Undangan Negeri Kedah yang meminda satu enakmen untuk memberi kuasa penuh kepada mufti dan jawatankuasa fatwa. 

"Saya buat laporan kerana rasa bimbang dengan kerajaan negeri yang meluluskan Seksyen 22A dalam yang mana seolah-olah merendahkan kewibawaan, kedaulatan dan kuasa Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Alor Setar di sini pada 9.30 pagi ini.
Dewan Undangan Negeri baru-baru ini meminda Seksyen 22A Enakmen Mufti dan Fatwa Negeri Kedah 2008 untuk memberikan kuasa penuh kepada mufti dan jawatankuasa fatwa berhubung agama dan orang Islam di negeri ini.
Berikutan pindaan itu, semua keputusan yang dibuat mufti dan jawatankuasa fatwa tidak perlu diwartakan dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah, sama ada syariah atau sivil. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut, Mansor Ahmad menyangkal kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini bahawa jawatankuasa itu telah menarik balik injunksi yang difailkan untuk menghalang madrasah yang dibina pada 1909 itu daripada dirobohkan. 

"Kami tidak pernah menarik balik pemohonan seperti yang Azizan katakan tetapi kami ingin nyatakan bahawa ini hanya baru permulaan di mana kami menarik permohonan lama dan akan menggantikannya dengan permohonan baru," katanya. 

Katanya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memberi masa kepada mereka untuk memfailkan semula permohonan itu dan jawatankuasa juga telah melantik peguam. - BERNAMA