ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT . UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Saturday, August 14, 2010

Sultan Azlan Shah bimbang hal salasilah?

Sultan Azlan Shah bimbang


Sultan Azlan Shah

IPOH 13 Ogos – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (gambar) menzahirkan kebimbangan baginda dengan sikap sebahagian daripada generasi baru yang semakin jauh fahamannya dengan salasilah dan asal-usul sejarah tanah air walaupun negara kini di ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-53.

Ini kerana titah Sultan Azlan Shah, kebelakangan ini telah terdengar suara-suara tuntutan yang sangat bercanggah dan bertentangan dengan semangat penyatuan warga di negara ini sebagai sebuah negara bangsa merdeka lagi berdaulat.

Dalam titah baginda sempena Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-147 yang diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam, baginda turut mengingatkan, Malaysia telah memilih sistem berkerajaan berteraskan prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

‘‘Sistem tersebut dicapai berdasarkan formula persepakatan di antara istana dan rakyat; masing-masing ada peranan tertentu terutama dalam suasana yang genting dan kritikal.

‘‘Ia memberi satu perimbangan peranan dan perimbangan kuasa demi menjamin kesejahteraan warga dan kestabilan negara,” titah baginda.

Malah titah baginda, kemuliaan institusi raja perlu didokong secara bersama dan peranan itu harus dilaksanakan dengan bijak oleh Raja Bergelar, Orang Besar dan Ahli-Ahli Dewan Negara Perak dalam menjaga nama baik dan imej institusi raja agar tidak tercemar.

Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-147 itu juga mengesahkan Datuk Mohd. Redzuan Mohd. Kushairi menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Shahbandar Paduka Indera, menggantikan Allahyarham Datuk Seri Mohd. Zulkifli Mohd. Kushairi yang meninggal dunia 6 Ogos 2009.

Mohd. Redzuan, 61, yang dilahirkan di Taiping, berkelulusan Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian daripada Universiti Malaya.

Sultan Perak turut berkenan melantik Datuk Seri Panglima Mohd. Azumi Mohamed, anak kelahiran Batu Gajah yang juga bekas pemain hoki negeri dan kebangsaan, sebagai Ahli Dewan Negara Perak.

Pelantikan yang berkuat kuasa semalam hingga 16 Mac 2012 itu bagi menggantikan tempat Allahyarham Datuk Ismail Shah Bodin.


Sumber sah :Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my


9 comments:

Tahukah asal usul Sultan Azlan Shah? Siapa ibubapa kandung yang sebenarnya! Semasa kecil dan dewasa apakah sikap beliau. Setinggi manakah pelajarannya.Tahukah siapa yang melantik beliau sebagai anak raja bergelar.Tahukah salasilah perlantikan anak raja bergelar hingga menjadi sultan di negeri Perak ini. Tahukah fakta-fakta undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak Bahagian ke-2 1948-1953.Tahukah undang-undang Bahagian ke-2 Kerajaan Negeri Perak (C) Sultan tidak boleh atau diharamkan mengubah kedudukan Negeri Perak.

salam..

hmm.. saya tertarik tulisan Raja Ahmad .."..Tahukah siapa yang melantik beliau sebagai anak raja bergelar...."

Hanya orang dalaman saja yang tahu kisah ini..


Sang Saka

Walallahua'lam....

Dato P5 Harimau Al Darus

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH..
RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH..

Pelik sungguh dan jahil sungguh bangsaku..
Rasullah kekasih Allah juga menegah dgn keras umatnya menyembah banginda..

Bahkan Kalifah2 di zaman sistem kekhalifahan islam dahulu juga tidak meminta mereka disembah..


Tetapi bangsa melayu yg kononnya mengimani agama islam pulak yg galak benar menyembah sesama manusia.. ( macam agama hindu pulak )

Apa mulianya raja2 melayu sampai wajib disembah jika dibandingkan dgn kekasih Allah..??

Apa hebatnya raja2 melayu jika dibangdingkan dgn khalifah2 islam dahulu yg menguasai 2/3 dunia..??

Bagai kaduk naik junjung...??

Bukankan menyembah sesama makhluk Allah itu suatu perbuatan syirik..?

Nampaknya kedatangan islam ke bumi melayu masih belum mampu membersihkan jiwa2 melayu dari segala perbuatan syirik terhadap Allah serta meninggalkan amalan khurafat bangsa melayu yg diwarisi sejak turun temurun beribu tahun dahulu...

Ayat Allah serta hadis Rasullah yg mana terpakai bagi menghalal penyembahan sesama manusia..??

kenapa engkau jijik melihat melayu dan sekarang engkau menghasut orang membenci raja pulak.

wahai hafszach
kenapa di kepala engkau nampak macam ada tanduk dan dileher engkau nampak macam tergantung sesuatu.........

tak percaya cari orang yang boleh scan ...


jakun

Balas komen aku jakun...
bukannya merepek2 mcm budak2 yg terkejut dari mimpi ngeri...

Hentam hujah aku bukannya meracau2 macam org gila...

Mengapa kurang sgt bangsa melayu yg berilmu dalam Raja menangis ni..

Panggil segala ulamak. pemimpin2 UMNO, imam2 UMNO dan JKKK UMNO balas hujah aku tu... jgn dok mengarut jer kerja korang..

walaupun diancam oleh keliling sehingga porak peranda oleh bangsanya sendiri....

takkala bangsa lain kekeringan menjadi kegirangan Melayu diantara umat manusia.

satu masa suatu ketika mudah-mudahan menjadi kenyataan..


jakun

Raja Ahmad Daulat

Heran benor mike mempertikai Sultan Azlan...Yang mike mendakwa dakwi berasal daripada zuriat Raja Kulop Muhammad Kramat tu mcm mana pulak...? Kata dulang paku sepih!

x habih2 politik Kat Malaysia ni..raje pown nak dipolitikan..jgn la agame bangse ke mahupun raje skalipun nak diheret me kancah politik..k pade saye raje melayu kite bukan sembah cam org hindu sembah berhala ape bagai..bagi org melayu itu punya maksud tersurat dan tersirat,marilah kita lihat sesuatu itu dengan pandangan yg lebih luas konsepnye n pade ape zamannye..raje melayu kalo dilihat dri aspek positif dimane letak dudoknye seorg raje bgi skalian umat manusia tdak kire ape kaum n pegangan agame menjadi pelindung payung sesebuah negare kestabilan sosioekonomi serta politik..raje tinggi darjatnye diukur dengan kesetian dan kasih sayang rakyat jelata yg dinaungi oleh seseorg raje..sebagai contoh lihat saje sultan Brunei..raje melayu yg disayangi oleh rakyat jelatenya.. x penah plak dngar rakyatnye nk membrontak ape bagai..ni lagi nak apply hudud law in the country..rakyatnye x plak banyak ckp..org Brunei sendri yg akui betape sayangmye mereka pade raje mereka kenape sbb mereka punya raja yg prihatin ngan kebajikan rakyat so dptkan ape yg saye cube sampaikan..jgnlah sempitkan fikiran smpai nak smbah raje cam org Hindu..idiologi pemikiran raje2 melayu telah berubah mengikut peredaran zaman begitu juge org melayu make menyembah raje seperti org Hindu menyembah berhala pe bagai x berlaku lagi malah raje2 melayu adalah simbol penyatuan umah manusia di muke bumi rantau melayu.ini hanye pandangan n luahan dri saye org melayu yg berdiri atas kaki sendri tampe bantuan sesape walau bantuan kerajaan skalipun..keje ngn cina bertahun2 ape pun x dpt ..org biase2 je yg melihat raje2 melayu dari sudut berbeza dan megah merase kita masih punye raje..

Post a Comment