ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT . UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, January 3, 2011

PENULIS SEJARAH PERADABAN MELAYU

Dunia Islam pernah kenal dengan tokoh-tokoh besar sufi seumpamanya, seperti Abu Yazid al-Bisthami, Abu Manshur al-Hallaj, Ibnu ‘Arabi, dan ramai lagi. Rangkaian zaman Hamzah al-Fansuri diikuti oleh Sheikh Syamsuddin as-Sumatra-i, Sheikh Nuruddin ar-Raniri dan Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.

Sheikh Nuruddin ar-Raniri adalah orang pertama menulis tentang fiqh Bab ‘Ibadah dalam bahasa Melayu yang diberi judul Ash-Shirat al-Mustaqim.
Serentak dengan itu Sheikh Nuruddin ar-Raniri pula orang pertama menulis kitab hadis dalam bahasa Melayu yang diberi judul Hadiyatul Habib.

Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri adalah ‘ulama’ ahlis syariah wah haiqiqah yang paling berkesan dalam rangkaian zaman itu, selain mempunyai murid yang ramai sebagai penyebar Islam dari pelbagai wilayah dunia Melayu.
Beliau adalah pelopor murabbir ruhi sehingga tersebarnya ajaran tasauf menurut metod tarekat terutama Tarekat Syathariyah. Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri pula adalah pelopor terjemah dan tafsir al-Quran lengkap 30 juzuk yang pertama dalam bahasa Melayu yang diberi judul Turjuman al-Mustafid.

Serentak dengan itu beliau pula orang pertama pelopor penulisan fiqh tentang undang-undang kehakiman Islam dalam bahasa Melayu yang diberi judul Mir’atut Thullab. Beliau juga orang pertama sebagai penterjemah Hadis Arba’in Imam Nawawi yang sebahagian besar pentafsirannya menurut kaca mata sufi.

Dalam penulisan sejarah peradaban dan raja-raja dunia Melayu, para pengkaji selalu menyebut tiga gandingan nama dan tiga karya penting, iaitu Sheikh Nuruddin ar-Raniri penulis Bustanus Salathin, Tun Seri Lanang penulis Sulalatus Salathin atau Sejarah Melayu dan Bukhari al-Jauhari atau al-Johori penulis Tajus Salathin.
Rasanya masih ada yang perlu dikaji atau diselidiki dengan teliti kerana beberapa versi manuskrip Tajus Salathin yang telah ditemukan tidak pernah menyebut nama Bukhari al-Jauhari atau al-Johori.

Nama Bukhari al-Jauhari atau al-Johori bukan sahaja tidak diperkatakan banyak tempat, sekali pun tidak dijumpai dalam sesuatu manuskrip Tajus Salathin termasuk manuskrip yang diterbitkan ini. Pendapat ini bukan bererti memandang sinis, atau kecaman terhadap pengkaji yang terdahulu, jauh dari maksud demikian itu. Penulis tetap menghargai jasa dan jerih payah mereka yang telah berhasil memperkenalkan khazanah dunia Melayu yang penting, namun kita perlu sedar dan insaf bahawa setiap kajian adalah tidak terhenti pada yang ada saja, setiap ketika ia akan berkembang dengan sendirinya dan memang perlu suatu kebangkitan memperkembangkannya. Adalah suatu kejumudan atau kebekuan jika kita bertahan dan menerima apa saja yang diperkatakan oleh golongan barisan sarjana-sarjana barat (orientalis).

Mengenai ini diakui oleh Syed Nasir bin Ismail (ketika beliau menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada Kata Pengantar Taj Us-Salatin, 1965, dan Edisi Kedua, 1992, hlm. vii).
Beliau menulis, “Walau bagaimanapun pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh para sarjana terkadang-kadang sangat jauh menyimpang dari kebenaran, maka kita tidak dapat menafikan bahawa Tajus Salatin banyak memperlihatkan keperibadian Melayu sendiri”.

http://arman-mydiary.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment