ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT . UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, March 20, 2011

Buku Tentang Raffles

Koleksi Tang Holdings mengandungi 70 holograf surat Sir Stamford Raffles dan 58 holograf surat Lady Raffles. Di antara surat Raffles ada 16 pucuk kepada ibunya. Inilah saja yng masih wujud kini. Koleksinya memberikan pendedahan tentang kisah peribadi dan sejarah keluarga Raffles serta kehidupannya di Pulau Pinang, Jawa, Sumatra dan Singapura. Ia juga menjelaskan kepada kita pandangannya tentang agama, idea berkenaan pelajaran, usahanya untuk menyudahkan penulisan Sejarah Jawa dan Persatuan Zoo London.

Koleksi Tang Holdings juga mengandungi beberapa buah buku, risalah dan memorabilia milik Raffles dan isteri beliau. Yang paling bernilai ialah ucapan perpisahan Merchants of Singapore kepada Raffles, dicetak pada tahun 1823, yang mana hanya ada sebuah saja lagi yang masih wujud.

Selain memberikan penerangan terperinci tentang surat-surat, buku-buku dan memorabilia dalam Koleksi Tang Holdings, buku ini juga mengandungi sebuah bab berkenaan kehidupan awal Raffles dan catatan peribadinya tentang penemuan Singapura. Ia juga merupakan rekod dokumen dan artifak, dan penting sebagai rujukan terhadap Raffles, Singapura dan Nusantara.

Halaman : 480
Penerbitan : 2009, Singapura, 1st Edition

0 comments:

Post a Comment